WELCOME 2019
JANUARY - Tahun yang paling banyak ubahkan diri aku, aku sambung belajar, mula berkawan,
mula mengenal diri, pendek kata ini lah tahun yang ubah aku menjadi "MANUSIA".
Mostly dalam ni adalah kisah diri aku pada awal tahun 2017. Sebuah journal untuk korang baca, mungkin boleh jadi satu rujukan atau pengajaran untuk korang memahami dan ubah. Basically, its more than just a Diary.
So what happen on January?
Aku sambung Giatmara. Actually dulu aku pernah belajar dekat Giatmara, tapi masa tu belajar dekat Pasir Gudang. Sekarang ni aku sambung dekat Giatmara Kota Raja Shah Alam. Aku amik course Videografi dan Kesan Khas (SKM tahap 3) . Aku sambung belajar sebab aku rasa macam kurang keyakinan dengan hasil tangan aku sebelum aku sambung belajar, aku rasa tak cukup dan aku tak dapat nak kekalkan kedudukan "Wedding Videographer" sekali skala boleh lah but if selalu "I-Will-Think-Bout-It!". Aku aim jadi seorang krew dalam bidang perfileman, Yup, kalau dah aim sampai kesitu kenapa tak masuk MSU or ASWARA or UITM je kan?
Sebabnya aku sedar yang diri aku ke arah video selepas belajar di Giatmara Pasir Gudang. Disebabkan aku fikir yang aku tak mampu approach antara 3 Universiti tu. Cikgu aku dari Giat. (Giatmara) Pasir Gudang suggest aku masuk Giatmara Kota Raja. At first aku terkejut juga ada video dan siap editing lagi beb siap belajar effect. Walaupun aku tau yang masa mesti terkejar kejar sebab 6 bulan je. 3 Bulan praktikal. So I sign Up tak cakap banyak esoknya dapat nombor terus call & whatsapp.
Alhamdullilah dapat interview ke sana. Selang berapa hari, aku message yang aku diterima untuk sambung belajar dekat Giatmara Kota Raja. On 2nd January, time tu sesi pertama "lapor diri".
kitaorang kena kumpul dekat dewan siap mak ayah sekali join the club haha. Lepas settle lapor diri parents ke tempat lain lah. Kitaorang pula kena beratur ikut kelas. Untuk elakkan kes bosan aku mula lah menegur orang. lepas kenal2 orang smua tiba tiba cikgu suruh dak dak kelas video stay sekejap sebab pukul 2 nanti kena jumpa cikgu.
so disebabkan kena tu kitaorang kena lah stay sekejap sambil sambil menunggu dak kelas aku plan untuk lepak minum. So apa lagi bertambah lah sesi kenalan lagi sekali hahaha lepak dekat kedai mamak nama Safaraz siap mintak buat group lagi beb belum pape dah ada group kelas hahaha. Kedai mamak tu tak jauh mana pun dekat je selang dua kedai. Then after kitaorang berbual tengok jam dah pukul 2.
After 2.00pm
After 2.00pm - The time that I cant forget, Its the time that I started to be brave. Ini lah hari yang aku paling takan lupa. Aku mula brani approach seorang gadis di depan maknya. But aku banyak berbual dengan maknya. Aku sendiri tak tahu kenapa atau macam mana aku boleh approach maknya. Sepanjang hidup aku, aku tak pernah approach mak perempuan kecuali dia sendiri tarik aku jumpa mak dia or mak dia datang jumpa aku.
"TERASA MACAM VIP TAK? HAHAHHAA"
Sambung balik cite tadi, aku call cikgu tak dapat sebab nak bagitau semua orang dah ready dekat depan pintu, tinggal bukak pintu dan masuk dewan je ni. Time tu kitaorang blm register IC lagi dekat pintu. So kena tunggu orang kat dalam bukakkan pintu lah huhu.
So sambil sambil tunggu tu tiba tiba pintu terbukak, ada orang bukak kan maybe senior kot. Lepastu time tunggu depan dewan je tiba tiba cikgu message "tak jadi jumpa". So aku approach balik mak perempuan tu siap dengan mak nya skali. Dengan selamba badaknya macam tak de pape. "Cik , maaf ye saya baru dapat message dari group kelas cikgu tak jadi jumpa, Dia mintak jumpa esok je." Then after that perempuan tu pelik "Group?" then aku cite lah dekat dia kitaorang ada group kelas video boleh lah masukkan yang lain skali. Saat dia mula bercakap, tiba tiba aku terasa macam cair. tiba tiba je takde bunyi tak nampak siapa siapa kecuali dia. Aku tersedar dari berangan and aku acah acah control hahahaha!
Start tu dia bagi nombor telefon nya, siap namanya skali. Tapi aku tknk bagitau namanya dekat korang. So aku gelarkan Sya. Nama penuh dia manis seperti tuannya. cewah.
Then after that aku tanya dia tahu tak kat mana CIMB sbab time tu aku nk buat kad bank for elaun Giat. Tapi dia macam konfius so mak dia yang bagitau semua. So tak cakap banyak terus cakap terima kasih sampai jantung aku berdebar debar. Aku sendiri pun tak tau kenapa aku terasa macam tu
Sambil sambil aku nak ke kereta aku terjumpa Zaim. Zaim budak video gak satu kelas dengan aku. So aku cite lah semua, katanya dia tau tempat bank CIMB tu dekat Puchong.
Then aku terus settlekan CIMB aku yang kelakarnya si Zaim terlupa IC untuk buat kad bank hahaha.
After singgah bank kitaorang singgah AEON jalan jalan. after that kitaorang balik petang tu, around kul 5.30 kalau tak silap lah. Sambil sambil aku drive tu kepala otak aku teringat minah tadi. Haih baru kenal kot dah jadi mcm ni whats wrong man? aku cuba tabahkan diri aku dan kuatkan hati aku.
But what will happen next?